Thursday 20 December 2012


MUQADDIMAH

Seni Tarannum Al-Quran

Apabila memperkatakan tentang Tarannum Al-Quran, ramai di kalangan kita akan memberikan tafsiran yang pelbagai.  Malah secara umumnya akan membuat kesimpulan awal bahawa ilmu Tarannum ini sesuatu yang amat sukar dipelajari dan dipraktikkan.  Alasannya:- nafas saya pendek, semput, tak pandai berlagu, suara tak sedap, suara tak boleh tinggi dan sebagainya.  Malah, lebih malang lagi, ada di kalangan kita menganggap mengaji berlagu ini adalah BIdaah. Adakah Islam tidak membenarkan seni ?  Semua tanggapan ini timbul kerana kurangnya maklumat tentang apakah sebenarnya ilmu Seni Tarannum Al-Quran itu.

Sebagai makluman kita bersama, marilah kita cuba lihat secara lebih dekat mengenai Seni Tarannum Al-Quran itu.  Tarannum itu secara mudahnya bermakna lagu, dan dari sudut istilah ia bermaksud ilmu atau kaedah suara yang dibunyikan menerusi nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakkan bacaan al-Quran.  Ianya dialunkan dengan menggunakan kempat-empat unsur yang terpenting iaitu Tajwid, Tarannum, Suara dan Fasohah.  Gabungan empat unsur ini melahirkan satu persembahan alunan Al-Quran yang indah dan unik lagi mempesonakan sesiapa yang mendenganrnya.  Itulah antara kelebihan mukjizat Al-Quran yang maha agung.

Burung-burung berterbangan terhenti seketika apabila mendengar kemerduan suara Nabi Daud AS membaca kitab zaburnya.  Malah sekeras-keras hati Umar, cair apabila mendengar kalimat Al-Quran yang dibacakan dan peristiwa itu telah membawanya memeluk Islam.  Azan yang dikumandangkan oleh Saidina Bilal Ibn Rabah telah mengingatkan umatnya kepada kebesaran Allah SWT untuk menunaikan solat.

Sebenarnya mempelajari ilmu seni Tarannum Al-Quran ini tidaklah sesukar yang disangkakan oleh semua orang.  Ianya boleh dipelajari dengan azam dan minat yang mendalam terhadap pembacaan Al-Quran itu sendiri.  Dengan kemajuan teknologi terkini, Pengajian You-tiub/internet/melalui perisian-perisian CD insteraktif berkaedah yang banyak dipasaran boleh membantu hasrat bagi mendapat dan seterusnya mempraktikkan seni Tarannum Al-Quran ini.  Perlu diingat, bahawa seni Tarannum Al-Quran ini akan lebih afdhal jika dipelajari secara musyafahah dan bertalaqi dengan guru-guru yang mahir dalam bidang ini.  “MANJADDA WA JADA’’  Siapa berusaha, pasti berjaya.  Insya-Allah ! Selamat mencuba.

Monday 10 December 2012

BERITA BAIK
Adakah Anda inginkan anak anda boleh membaca Al-Quran secara bertarannum  ?
Atau Anda sendiri ingin belajar membaca Al-Quran dengan  bertarannum  tapi  MALU ?
Anda tak sempat nak pergi kelas tarannum ? Kerana mungkin, kelasnya pun belum  wujud ?
Kini..., belajar membaca Al-Quran secara bertarannum   di rumah adalah lebih mudah, dengan menggunakan....CD Perisian insteratif berkaedah yang boleh didapati dalam 4 versi :-
1. Versi umum                              
2.  Versi sekolah rendah dan
3.  Versi sekolah menengah
4.  Versi Variasi tambahan (Tausaik)

Untuk keterangan lanjut atau tempahan, sila hubungi akhi Razak    di talian 017-6249218 dan Email akhirazak98@gmail.com
Kepada yang mempunyai minat untuk menjadi Qori/Qoriah ! InsyaAllah, Kuliah Asas Tarannum  boleh disediakan.

Sunday 9 December 2012

 

Gambar Saya Ketika Menjadi Johan Di Dalam Tilawah Peringkat Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Pada Tahun 2009  di Putrajaya